PROGRAM JANA
USAHA-INOVASI MUDA
JUM! TVET 2022

JANA USAHA-INOVASI MUDA (JUM!) TVET

PROGRAM KELUARGA MALAYSIA MEMPERKASA USAHAWAN-INOVATOR MUDA & BELIA TVET

Rakan strategik

Pengenalan

Program JUM! TVET: Pitch idea inovasi adalah suatu program berbentuk pertandingan yang merupakan program hasil kerjasama strategik di antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan Centre for Continuing Education (CCE), Universiti Tun Abdul Razak.

Program ini menyokong dasar-dasar kerajaan, objektif dan sasaran, strategi-strategi dan inisiatif-inisiatif yang terkandung dalam, antara lainnya,

  • Konsep Keluarga Malaysia;
  • Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 (Industry4wrd);
  • Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (2021-2030);
  • Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL);
  • Mandat dan tanggungjawab yang diberikan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk membentuk bakat digital.

Maka, dari perspektif yang lebih menyeluruh, Program JUM! TVET ini adalah suatu program berinspirasikan konsep Keluarga Malaysia membentuk dan memperkasa generasi belia dan muda Malaysia agar mempunyai ciri-ciri dan keupayaan untuk menyumbang kepada pembangunan mampan, kesejahteraan rakyat, tahap dan aktiviti inovasi dan keusahawanan negara.

Berinspirasikan konsep KELUARGA MALAYSIA membentuk & memperkasa generasi belia & muda agar mempunyai ciri-ciri keupayaan

KAMI @ Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025

Pelan Tindakan Perpaduan Negara
2021-2030

Mandat dan tanggungjawab yang diberikan kepada KSM untuk membentuk bakat digital

Menyumbang kepada pembangunan mampan, kesejahteraan rakyat, tahap & aktiviti inovasi & keusahawanan negara

Dasar Sains, Teknologi & Inovasi Negara 2021-2030

Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 (Industry4wrd)

Rangka Tindakan Ekonomi Digital (MyDIGITAL)

Aktiviti dan Inisiatif Strategik JUM! TVET

Initial Project Pitch

1

Peserta-peserta yang berminat akan membuat pitch selama 5 minit untuk membentuk konsep projek mereka

Interview Session

2

Peserta-peserta akan menjalani sesi interviu bersama Panel daripada pihak JPK & UNIRAZAK

Boot Camp

3

Aktiviti Bootcamp selama 7 hari yang mana projek-projek inovasi dan peserta-peserta untuk membentuk model perniagaan yang boleh di laksanakan

Start-Up Program

4

Aktiviti bertempoh 3 bulan yang mana peserta-peserta akan dibimbing oleh mentor dan coach menyiapkan Rancangan Perniagaan

Business Advisory

5

Memberi nasihat perniagaan dan bimbingan dengan setiap usahawan projek melalui perbincangan bersemuka, skype atau kumpulan sembang dan sebagainya.

Go-To Market

6

Projek inovasi diberi bimbingan, sistem sokongan, akses kepada pasaran, akses kepada pembiayaan sehingga berjaya menembusi pasaran (go-to-market)

Video Terkini

Hubungi Kami

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Blok 4803, Suite 0-10,
Bangunan CBD Perdana 1,
Off Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, Malaysia.

Tel: 03-8321 4711
Faks: 03-8321 4888
Email : jpk@mohr.gov.my

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
195A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Tel: +603 2730 7000
Faks: +603 2730 7070
Email: jumjpk@unirazak.edu.my

crossmenu Daftar Sekarang